INTERLOCKING BRICKS (BATA IBS)

– INTERLOCKING BRICKS (BATA IBS) –

1. Kelebihan menggunakan Interlocking Brick dalam pembinaan rumah adalah bata ini lebih BERKUALITI dibandingkan dengan bata simen/merah. Saiz nya juga lebih tebal, panjang dan lebih kuat dan keras. Dan penggunaan bata ini akan buat rumah anda lebih sejuk kurang 4 darjah Celsius daripada penggunaan bata biasa.
👇

2. Lebih PENJIMATAN sehingga 30%. Harga bata nya lebih tinggi berbanding bata yang lain tetapi kerana kaedah pembinaannya yang tidak banyak menggunakan kayu, besi, pasir dan simen maka kos pembinaannya boleh menyaingi kaedah pembinaan rumah konventional 😊.

Oleh kerana Bata interlocking keras berbanding bata biasa, penggunaan paku untuk tujuan seperti pemasangan frame gambar, rak dinding dan sebagainya agak sedikit sukar dan perlu menggunakan drill.

Terima kasih kerana sudi membaca dan share info ini jika anda rasa info ini bermanfaat 🙂

BRICK LAYING (Damp Proof Course -“DPC”) & CONCRETE SLAB (Damp Proof Membrane -“DPM”)

Assalammualaikum dan Selam Sejahtera semua , semoga Allah sentiasa melindungi semua followers admin dunia akhirat.

Penulisan admin hari ini berkenaan dengan ”Damp Proof Course- DPC” & ”Damp Proof Membrane- DPM”. Kedua-dua ini mempunyai fungsi yang hampir sama tetapi kedudukan dan saiz yang berbeza. Mari kita lihat fungsi kedua-dua jenis ini.

 

– DAMP PROOF COURSE (DPC) –

Tujuan pemasangan DPC adalah untuk menyekat aliran air/lembapan dari tanah meresap kedinding bangunan.

Jika kami tidak meletakkan DPC ini maka lama kelamaan akan menyebabkan pengelupasan cat pada dinding bangunan/rumah, serangan kulat/lumut dan juga boleh menyebabkan kerosakkan kepada struktur bangunan.

 

 

– DAMP PROOF MEMBRANE (DPM) –

Tujuan pemasangan DPM adalah untuk mengelakkan berlakunya air/wap air dari naik ke permukaan lantai pada masa akan datang.

Jika kami tidak meletakkan DPM ini maka di masa akan datang akan menyebabkan lantai anda berpeluh dan juga boleh menyebabkan kerosakkan kepada struktur lantai rumah anda.

Terima kasih kerana sudi membaca dan share info ini jika anda rasa info ini bermanfaat 🙂

BRICK LAYING (EXMET WIRE)

Assalammualaikum & Selamat Pagi , semoga Allah sentiasa melindungi semua followers admin dunia akhirat.

Penulisan admin hari ini berkenaan dengan penggunaan wayar exmet. Pasti ada dikalangan kita tidak tahu apa itu wayar EXMET kan.

– EXMET WIRE –

Tujuan pemasangan exmet ini adalah untuk menjadikan dinding bangunan lebih kukuh dan menghalang berlakunya keretakan ke atas struktur dinding.

Ia dibekalkan dalam bentuk gulungan dan 4 inci lebar atau lebih mengikut saiz bata yang digunakan.
.
– CARA PEMASANGAN EXMET –

Pemasangan-Nya setiap 4 lapis batu bata kami akan memasang dawai exmet. Exmet ini mesti di sapu dengan minyak supaya tidak berlaku pengaratan terhadapnya. Wayar exmet dilekatkan bersama simen mortar.

Terima kasih kerana sudi membaca dan share info ini jika anda rasa info ini bermanfaat 🙂

SOIL TREATMENT (INTER-TERMITE)

Assalammualaikum , semoga Allah sentiasa melindungi semua followers admin dunia akhirat.

Penulisan admin hari ini berkenaan dengan Semburan Anti-Termite dalam pembinaan rumah/bangunan.

 

– SOIL TREATMENT (RAWATAN TANAH) –

Rawatan jenis ini dilakukan sebelum sesebuah bangunan/rumah didirikan. Tujuan rawatan ini ialah bagi mencegah serangan anai-anai, semut dan lipas .

Untuk rumah yang telah siap dibina pulak masih boleh menggunakan semburan ini jika mahu. Tetapi prosesnya agak rumit kerana lantai rumah terpaksa ditebuk lubang terlebih dahulu di sekeliling rumah. Jarak antara 2 lubang adalah antara 1.5 ke 2 kaki dan lubang ditebuk berhampiran dinding rumah dalam jarak lebih kurang 6 inci. Dan barulah bahan kimia akan dipam masuk  bagi setiap lubang tadi.
.
– CARA SEMBURAN –

Semburan akan dijalankan dengan menggunakan mesin penyembur bertekanan tinggi untuk mendapatkan semburan yang rata. Keserataan antara tanah dan bahan kimia amat perlu untuk kesan yang efektif.
.
– PROSES RAWATAN –

1) Rawatan semburan akan dilakukan selepas ruang Beam dikorek.
2) Rawatan semburan ini akan dilakukan sekali lagi selepas selesai konkrit Beam.
3) Sekeliling tapak konkrit jugak akan diberi semburan termite.

Terima kasih kerana sudi membaca dan share info ini jika anda rasa info ini bermanfaat 🙂

BINA RUMAH BERCIRIKAN “ISLAMIC HOMES”

Assalammualaikum , semoga Allah sentiasa melindungi semua sahabat saya dunia akhirat.

Penulisan saya hari ini berkenaan dengan bina rumah mengikut konsep ISLAM.

sebelum tu boleh follow 2 pages FB saya di bawah ini untuk dapatkan lebih info lagi 

https://www.facebook.com/iqmalhisham.official/
https://www.facebook.com/LOKMASSBINA/

ok, back to the topic, untuk bakal client saya yang bakal bina rumah , konsep islamik ( Sunnah HOME ) akan saya terapkan dalam pelan bina rumah .

macammana ingin tahu konsep rumah islamik ni ?

1. Ruang Privasi di antara ruang tamu & ruang keluarga

Privasi ruangan ini penting untuk para tetamu dan ahli kediaman rumah dari segi menjaga aurat terutamanya kaum hawa.

2. kedudukan toilet tidak menghadap kiblat

Pastikan sebelum bina rumah anda tahu kedudukan kiblat di kawasan rumah anda supaya mudah untuk kontraktor / pelukis pelan menyusun susur atur pelan rumah anda mengikut ciri-ciri islamik.

3. kedudukan pintu bilik tidak menghadap ke bahagian ruang tamu

Sekiranya bilik dimana pintunya menghadap ke arah ruang tamu , pastinya menimbulkan ketidakselesaan sekiranya kita ingin masuk dan keluar dari bilik ketika dihadiri tetamu di rumah

4. Wujudkan satu bilik untuk solat / mengaji ( musolla )

Ini adalah part paling best dalam rumah bagi saya , kerana sekiranya wujud satu bilik untuk kita bertemu dengan Pencipta kita, InshaAllah kusyuk untuk kita menunaikan ibadah pada Allah. Designkan bilik ini seperti surau ( Musolla ) dimana ada rak untuk kita letakkan AlQuran , Hadis dan lain-lain.

5. Tiada hiasan yang memesongkan akidah

Pastikan rumah kita sentiasa didatangi/dihuni Malaikat kerana rumah yang TIDAK dihiasi patung-patung atau potret berbentuk manusia dan haiwan akan didatangi oleh malaikat. Seeloknya hiasi rumah anda dengan kalimah-kalimah Allah

6. Wujudkan ruang untuk belajar

Ruang ilmu kadangkala dikenali dengan panggilan ” MINI LIBRARY ” sangat sesuai untuk keluarga terutamanya anak-anak untuk belajar . Ruang yang selesa dapat membantu meningkatkan anak-anak belajar dalam keadaan yang seronok.

7. Luas ruangan di rumah yang selesa

Keselasaan ahli keluarga memainkan peranan penting dalam menghidupkan suasana harmoni antara ahli keluarga

setakat ini sahaja perkongsian dari saya berkenaan rumah berkonsepkan ” ISLAMIC HOMES “

Share info ini jika bermanfaat – IH