BINA RUMAH BERCIRIKAN “ISLAMIC HOMES”

Assalammualaikum , semoga Allah sentiasa melindungi semua sahabat saya dunia akhirat.

Penulisan saya hari ini berkenaan dengan bina rumah mengikut konsep ISLAM.

sebelum tu boleh follow 2 pages FB saya di bawah ini untuk dapatkan lebih info lagi 

https://www.facebook.com/iqmalhisham.official/
https://www.facebook.com/LOKMASSBINA/

ok, back to the topic, untuk bakal client saya yang bakal bina rumah , konsep islamik ( Sunnah HOME ) akan saya terapkan dalam pelan bina rumah .

macammana ingin tahu konsep rumah islamik ni ?

1. Ruang Privasi di antara ruang tamu & ruang keluarga

Privasi ruangan ini penting untuk para tetamu dan ahli kediaman rumah dari segi menjaga aurat terutamanya kaum hawa.

2. kedudukan toilet tidak menghadap kiblat

Pastikan sebelum bina rumah anda tahu kedudukan kiblat di kawasan rumah anda supaya mudah untuk kontraktor / pelukis pelan menyusun susur atur pelan rumah anda mengikut ciri-ciri islamik.

3. kedudukan pintu bilik tidak menghadap ke bahagian ruang tamu

Sekiranya bilik dimana pintunya menghadap ke arah ruang tamu , pastinya menimbulkan ketidakselesaan sekiranya kita ingin masuk dan keluar dari bilik ketika dihadiri tetamu di rumah

4. Wujudkan satu bilik untuk solat / mengaji ( musolla )

Ini adalah part paling best dalam rumah bagi saya , kerana sekiranya wujud satu bilik untuk kita bertemu dengan Pencipta kita, InshaAllah kusyuk untuk kita menunaikan ibadah pada Allah. Designkan bilik ini seperti surau ( Musolla ) dimana ada rak untuk kita letakkan AlQuran , Hadis dan lain-lain.

5. Tiada hiasan yang memesongkan akidah

Pastikan rumah kita sentiasa didatangi/dihuni Malaikat kerana rumah yang TIDAK dihiasi patung-patung atau potret berbentuk manusia dan haiwan akan didatangi oleh malaikat. Seeloknya hiasi rumah anda dengan kalimah-kalimah Allah

6. Wujudkan ruang untuk belajar

Ruang ilmu kadangkala dikenali dengan panggilan ” MINI LIBRARY ” sangat sesuai untuk keluarga terutamanya anak-anak untuk belajar . Ruang yang selesa dapat membantu meningkatkan anak-anak belajar dalam keadaan yang seronok.

7. Luas ruangan di rumah yang selesa

Keselasaan ahli keluarga memainkan peranan penting dalam menghidupkan suasana harmoni antara ahli keluarga

setakat ini sahaja perkongsian dari saya berkenaan rumah berkonsepkan ” ISLAMIC HOMES “

Share info ini jika bermanfaat – IH

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *