SOIL TREATMENT (INTER-TERMITE)

Assalammualaikum , semoga Allah sentiasa melindungi semua followers admin dunia akhirat.

Penulisan admin hari ini berkenaan dengan Semburan Anti-Termite dalam pembinaan rumah/bangunan.

 

– SOIL TREATMENT (RAWATAN TANAH) –

Rawatan jenis ini dilakukan sebelum sesebuah bangunan/rumah didirikan. Tujuan rawatan ini ialah bagi mencegah serangan anai-anai, semut dan lipas .

Untuk rumah yang telah siap dibina pulak masih boleh menggunakan semburan ini jika mahu. Tetapi prosesnya agak rumit kerana lantai rumah terpaksa ditebuk lubang terlebih dahulu di sekeliling rumah. Jarak antara 2 lubang adalah antara 1.5 ke 2 kaki dan lubang ditebuk berhampiran dinding rumah dalam jarak lebih kurang 6 inci. Dan barulah bahan kimia akan dipam masuk  bagi setiap lubang tadi.
.
– CARA SEMBURAN –

Semburan akan dijalankan dengan menggunakan mesin penyembur bertekanan tinggi untuk mendapatkan semburan yang rata. Keserataan antara tanah dan bahan kimia amat perlu untuk kesan yang efektif.
.
– PROSES RAWATAN –

1) Rawatan semburan akan dilakukan selepas ruang Beam dikorek.
2) Rawatan semburan ini akan dilakukan sekali lagi selepas selesai konkrit Beam.
3) Sekeliling tapak konkrit jugak akan diberi semburan termite.

Terima kasih kerana sudi membaca dan share info ini jika anda rasa info ini bermanfaat 🙂

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *