BRICK LAYING (Damp Proof Course -“DPC”) & CONCRETE SLAB (Damp Proof Membrane -“DPM”)

Assalammualaikum dan Selam Sejahtera semua , semoga Allah sentiasa melindungi semua followers admin dunia akhirat.

Penulisan admin hari ini berkenaan dengan ”Damp Proof Course- DPC” & ”Damp Proof Membrane- DPM”. Kedua-dua ini mempunyai fungsi yang hampir sama tetapi kedudukan dan saiz yang berbeza. Mari kita lihat fungsi kedua-dua jenis ini.

 

– DAMP PROOF COURSE (DPC) –

Tujuan pemasangan DPC adalah untuk menyekat aliran air/lembapan dari tanah meresap kedinding bangunan.

Jika kami tidak meletakkan DPC ini maka lama kelamaan akan menyebabkan pengelupasan cat pada dinding bangunan/rumah, serangan kulat/lumut dan juga boleh menyebabkan kerosakkan kepada struktur bangunan.

 

 

– DAMP PROOF MEMBRANE (DPM) –

Tujuan pemasangan DPM adalah untuk mengelakkan berlakunya air/wap air dari naik ke permukaan lantai pada masa akan datang.

Jika kami tidak meletakkan DPM ini maka di masa akan datang akan menyebabkan lantai anda berpeluh dan juga boleh menyebabkan kerosakkan kepada struktur lantai rumah anda.

Terima kasih kerana sudi membaca dan share info ini jika anda rasa info ini bermanfaat 🙂

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *